Bendera Qatar
Bendera Qatar

Bendera Qatar

Bendera Qatar memiliki nisbah yang unik iaitu 11:28. Bendera dua warna ini berwarna ungu dan putih di bahagian tiang, yang dipisahkan oleh garisan bergerigi (dengan sembilan mata). Warna putih melambangkan perdamaian manakala warna ungu pula melambangkan darah yang tumpah semenjak abad ke-19 dan sembilan mata bergerigi melambangkan Qatar sebagai anggota kesembilan dari "Emiriah Bersatu" di Semenanjung Parsi pada tahun 1916. Bentuk bendera ini serupa dengan bendera Bahrain.

Bendera Qatar

Diterima pakai 9 Julai 1971
Nisbah 11:28
Rekaan Bendera berwarna putih (kiri) dan ungu (tengah dan kanan) yang dipisahkan oleh garis bergerigi bermata sembilan.
Kegunaan Bendera kebangsaan dan bendera kapal kebangsaan